Wednesday, October 5, 2011

SAMBAL GORENG JAWA VERSI ALONG

Hi again harap korang semua ceria2 n sihat aje..sekarang kt sini dah masuk fall ... cuaca kt tempat I ni tkde lah panas terik sangat dah mcm waktu summer aritu..Ok kali ni nk share resipi sambal goreng jawa resipi arwah my sis Along juga..klu kami org johor lauk ni mesti ada klu hari raya ke kenduri kendara ke or klu buat nasi ambeng ...actually pic yg I guna tu it a actual pic lauk yg my Along masak utk x terakhir..memang saje nk abadikan kt blog ni..

Lauk ni memang ada mcm2 versi bergantung pd org yg memasaknya..tapi cara n bahan2nya tklah jauh beza sangat dari satu resipi ke resipi..ok jom tgk my Along punya versi..





SAMBAL GORENG JAWA VERSI ALONG


1 cekak besar kacang panjang-hiris serong
200 gm hati ayam-potong , goreng ketepikan
200 gm udang kecil- buang kulit, goreng ketepikan
3 keping tempe hiris nipis-goreng ketepikan
1 cekak su-oon rendam hingga lembut,toskan
1 biji bawang besar -belah empat hiris & goreng , ketepikan
3 ulas bawang putih-hiris goreng n ketepikan

Bahan tumis:
3 tangkai lada hidup hiris
1 biji bawang besar-kisar
3 ulas bawang putih -kisar
1/4 cawan udang kering-kisar

1/4 cawan ikan bilis -kisar

Sikit Air
Garam / gula secukupnya

Panaskan sikit minyak..goreng bahan kisar dan hirisan lada hingga garing n naik bau..masukkan sikit air n hirisan kacang panjang gaul rata masak kejap. kemudian masukkan su-oon dan semua bahan2 yg telah digoreng. Masukkan garam/gula gaul rata dan biarkan masak seketika. Siap..

Monday, October 3, 2011

SAMBAL AYAM SPECIAL ALONG

Salam & apa khabar semua..lama dah I tk update resipi kt sini...jadi hari ni I nk update resipi sambal ayam ni..klu ada yg tertanya2 kenapa special sangat sambal ayam ni ..ianya sebab ni lah salah satu resipi terakhir arwah my sis Along turunkan pd I..lauk ni juga lauk terakhir kami masak bersama2...

Lauk ni kami sediakan masa buat nasi ambeng..di mkn dgn serunding kelapa, sambal goreng jawa, mee goreng etc (semua resipi2 yg lain akan menyusul satu persatu soon ..InsyaAllah)..masih I ingat gelagat arwah Along memasak bersama2..dia sangat excited masa tu..walau dgn satu jer tgn yg berfungsi ( kerana satu lg affected by the big tumor under her arm) Arwah sangat pantas dan cekap...suruh berenti rehat pun dia tk nk..dia excited sangat memasak & she's good at it too..rupa2nya itulah x terakhir kami semua dpt merasa juadah air tgn arwah kerana selepas tu sakitnya menjadi semakin teruk hinggalah Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir pd sep 11 2011..semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat keatas rohnya dan semoga dia ditempatkan bersama ahli2 syurga..Amin..





SAMBAL AYAM SPECIAL ALONG

1 ekor ayam -potong 12 ( Gaulkan sikit ngan garam n kunyit goreng & tepikan)
50 tangkai cili kering -gunting n rendam
2 biji bawang besar size sedang
4 ulas bawang putih
1-1/2 in halia
1/4 cawan sos tiram
1/2 botol sos tomato ( botol size kcik/regular) I guna brand aminah hasan..
Garam/Gula secukup rasa
Air secukupnya ( bergantung pd kepekatan yg disukai)
Sikit daun sadri n ketumbar utk tabur

Caranya:
Kisar lada kering, bawang putih, bawang besar & halia. Dlm kuali panaskan minyak dan tumiskan bhn2 yg dikisar hingga naik bau dan garing. Masukkan air kacau rata, kemudian masukkan sos tiram, sos tomato , garam n gula kacau dan biarkan didih.

Kemudian masukkan ayam yg sudah digoreng gaul rata biarkan didih sekali lagi, sesuaikan rasa. Taburkan dgn hirisan daun sadri n ketumbar . Siap. Selamat mencuba..

Thursday, September 15, 2011

GOD'S GIFT OF TIME...

We all need time to grieve
quiet time for reflection
to sift through memories
and come to grips
with what has happened.

We all need a time for tears
not for the one who is now
at peace in heaven
but for ourselves as we realize
that things will never be the same.

We all need a time to just "be"
when we can open ourselves to God
and let the reassurance
of His everlasting love
start to heal our broken heart.

- to my dearly beloved family..wishing you a peaceful heart, InsyaAllah-

THANK YOU...

Salam pagi Jumaat semua...semoga kawan2 diluar sana sihat dan berada dibawah lindungan Allah S.W.T sentiasa...Hari ni genap 6 hari arwah Along meniggalkan kami semua...tapi pd kami..terutama 5 anak2 arwah seperti baru smlm mereka kehilangan Umi yg tersayang...Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan semoga dia ditempatkan bersama ahli2 syurga..

Utk anak2 sedara ku semoga kalian tabah dan kuat menempuh hari2 mendatang..InsyaAllah..


Utk Yat maria,Chik Mimi,K.Nor, Mokwo, Sonata Anak kanchil, Mat Gebu, kak Ummi, Azatie sayang & semua kawan2 samada di blog dan FB yg sentiasa mendoakan, memberi semangat, kata2 takziah...terima kasih yg tk terhingga dari kami sekelurga..hanya Allah saja yg dapat membalas segala2nya..

Semoga kalian sentiasa di bawah Rahmat Nya.. Amin..


Saturday, September 10, 2011

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un

"so they needed an angel, they took the best, free from pain, now you can rest. R.I.P" April 19, 1971 - Sep 11, 2011...


Salam semua..pada semua kawan2 yg pernah terbaca about my sis "ALONG" dan yg sentiasa mengikuti perkembangan dia...terima kasih banyak2 atas doa2 kalian cuma Allah yg dpt membalasnya...ALONG telah kembali ke rahmatullah pd jam 1.27 pagi Ahad Sep 11 2011...Semoga Allah ampunkan segala dosa2nya...dan semoga dia ditempatkan bersama mereka2 yg beriman..AMIN..
*Pic kt atas tu gambar yg paling latest of my sis Along..taken at my lil sis wedding on june 2011*

Thursday, August 11, 2011

UNWELL

Salam semua.. apa khabar..mcm mana dgn puasa thn ni banyak dugaan tk hihi..lama btul tk update blog ni..cuma sempat wished salam ramadan sblum bertolak dari Msia then lepas tu terus tk jenguk2..bukan apa sampai2 sini terus tk sihat ..mula2 kena batuk yg sangat teruk...pastu diikuti dgn sakit kerongkong & sakit kepala...so memang tk larat le...sib baik kids sihat2 jer..ni tgh cuba menyihatkan diri coz skolah dah nk start next monday...apa pun korang2 yg kt luar tu stay healthy ia..





Sunday, July 31, 2011

RAMADHAN MUBARAK

Assalamualaikum pada semua..sempena bulan Ramadan yg mulia ini I mengambil kesempatan mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat semua

Semoga ramadhan kali ini membawa keberkatan & rahmat pd kita semua..Amin